Too Much Heels Can Hurt!



Salam everyone, how was you all punya raya? Hope everything goes well. Tinggal 2 and half weeks saja lagi bulan syawal. Kejap sungguh masa berlalu. Insya'Allah ketemu lagi masa depan. Btw, Neira just nak share with you semua about an article i just recently read. Ia ada kena mengena dengan fashion and kesihatan. Yup! Its about effect wearing high heels.

Tentu ramai di antara korang yg suka dan gemar pakai heels kan? But have ever thing about the effect. Ok, that why Neira share sedikit information. Sharing is caring ^_^

Effect of Wearing Too Much Heels:

  1. Jika memakai kasut tumit tinggi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  2. Apabila kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang sempit dan runcing di depan, ia akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. Penyakit ini dipanggil neuroma.
  3. Peredaran darah akan terganggu kerana kaki dipaksa masuk ke dalam kasut yang sempit dan menyukarkan pengaliran darah pada kaki.
  4. Tekanan di bahagian dapat menyebabkan jari kaki akan bengkak dan menyebabkan ia bengkok.
  5. Memakai kasut tumit tinggi menyukarkan keseimbangan badan dan ia boleh menyebabkan buku lali mudah terseliuh.

Comments

Adsense

Popular Posts