Sebagai seorang intern di Grup Buku Karangkraf dalam masa tiga bulan (Oktober hingga Disember 2013), telah banyak perkara yang saya pelajari mengenai industri penulisan kreatif ini. Yang paling utama ialah trend membaca di kalangan peminat novel-novel Melayu serupa sahaja dengan trend drama masa kini. Daripada jurnal-jurnal yang dibaca di internet, dan interview yang dilakukan, didapati apa yang pembaca mahukan dalam sesebuah novel dari segi jalan cerita, elemen-elemen, watak-watak, ilustrasi kulit hadapan buku, dan genre adalah serupa sahaja yang terdapat dalam drama-drama komersial masa kini. Pada pendapat saya, trend ini amat menarik kerana novel dan drama merupakan dua media yang berbeza walaupun apa yang dimahukan peminat adalah serupa sahaja. Drama adalah sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon untuk menggerakkan ceritanya. Manakala novel pula merupakan media yang kita baca, tidak boleh dilihat dengan mata k...