Al Fatihah My Dear Cousin



07.12.2016.........Is the date me and my family shall remember. Peristiwa dan tragedy yg menyedihkan melanda seluruh ahli keluarga kami.

Pada 07 December 2016, puteri bongsu kepada Pak Long dan Mak Long saya, iaitu Nazwin binti Mohd Nasir @ Wiwin kembali menghadap Ilahi. Al Fatihah. Arwah baru sahaja berusia 26 tahun. Arwah pergi meninggalkan seorang bapa, ibu, dan dua orang kakaknya.

Tragedy ini memang tiada sesiapa diantara kami yg jangka. Ianya kuasa Allah S.W.T. Kami redha dgn ketentuan Ilahi. Allah S.W.T lebih sayangkan Wiwin and have better plans for her.

Arwah sepupu saya bekerja sebagai seorg accountant di sebuah syarikat accounting multinational. Arwah merupakan seorg anak yg soleh. Arwah sangat sayangkan kedua ibu bapanya dan juga kakak-kakaknya. Selama 26 tahun di dunia, Arwah telah byk berjasa kpd keluarganya.

Sejak kecil saya memang rapat dgn Arwah. Kami selalu main bersama, adventure bersama, dan buat nakal bersama. Saya paling ingat kenangan mandi hujan bersama Arwah semasa zaman kanak-kanak. Itulah kenangan paling indah saya bersama Arwah. Kehilangan Wiwin sungguh saya terasa. I miss you so much Wiwin :'( You will always be in my heart. The love that you left us is like the wind. We can't see it, but we can always feel it.

Kepada kawan-kawan rapat, rakan-rakan dipejabat yg memberi moral support dan juga sedekah Al Fatihah kepada Arwah Wiwin, saya ucapkan terima kasih. Kepada readers or sesiapa sahaja yg singgah ke blog ini ataupun terbaca post ini, saya memohon kali sumer sedekah Al Fatihah utk arwah sepupu saya. 

Ya Allah S.W.T cucurilah rahmat ke atas roh Nazwin binti Mohd Nasir, ampunilah dosa-dosanya selama ini, dan tempatkanlah Nazwin dikalangan orang-orang beriman. Aamiin.

Al-Fatihah


Comments

Post a Comment

Popular Posts