Adab2 Dan Tips Menyambut Raya


Salam dearies, how's your puasa going? Hope you guys are doing good this ramadhan. X sangka kita dah masuk hari2 terakhir dah ramadhan kan. Insya'Allah minggu depan kita akan menyambut syawal dgn penuh kebahagian dan kegembiraan. Aamiin.

A friend of mine just shared "Adab2 and Tips Menyambut Raya" via our WhatsApp group. So i thought it would be fun to share it at my blog with you guys. So here it is..................

1. On the first day of syawal, jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya and rumah maybe masih belum prepare for tetamu.

2. Pastikan anak2 x ambik angpau sampai 4/5 kali.. pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jangan sibuk tanya org bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jangan pandai2 tukar channel tv rumah org. Dah diorang sefamily minat Korea, jangan pandai2 nak tukar astro ceria.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai2,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak2 jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besat kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jangan mintak password wifi rumah orang. 

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan sibuk sgt ok.

16. Jangan tinggal pampers anak dlm bilik air umah orang. Dah tuan rumah lak nak kena kutip buang. Amik buang terus dlm tong sampah...paham ke ni ?

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah org tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan tanya dari mana punca kenyataan nih...

19. Jangan biarkan anak2 tepuk cermin Aquarium rumah org..ikan tu tak biasa diganggu..

20. Jangan biarkan anak2 panjat kerusi.. usik segala barangan yang ada dlm rumah org.

21. Kepada menantu2, jangan asyik tahu nak selfie memanjang jer, sampai lupa nak tolong mak mertua... jenguk2 kerja dapur, bantu mak2 mertua tolong mana yang patut.

Ok'lah that's all. Semoga kita semua dpt menyambut raya dgn penuh kegembiraan dan kebahagian bersama keluarga dan org2 tersayang.

XoXo,

Fadima Mooneira ^_^

#Adab2TipsRaya #FadimaMooneiraBlogspot



Comments

Adsense

Popular Posts